Sunday, February 14, 2010

Maklumat Berkaitan Dengan Perkhidmatan Tuisyen

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Alhamdulillah,terlebih dahulu penulis ingin mengucapkan selamat datang kepada anda semua ke ruangan blog ini. Insyaallah penulis akan memberi gambaran berkaitan dengan diri penulis serta perkhidmatan yang penulis tawarkan.

Pengenalan
Sebelum itu, izinkan penulis memperkenalkan diri penulis terlebih dahulu. Nama penulis ialah Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi. Penulis berasal daripada Kota Bharu, Kelantan dan sekarang menetap di Kota Damansara, Selangor. Penulis merupakan bekas pelajar di:

a)Sekolah Menengah Islam Al-Faizeen
b)Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4, Kota Damansara
c)MRSM Pasir Salak
d)Kolej Mara Kuala Nerang

dan pernah bergelar mahasiswa di Universiti Malaya dalam bidang Sarjana Muda Perakaunan.

Sekarang, kerjaya penulis adalah sebagai seorang guru tuisyen sepenuh masa. Anda boleh memanggil penulis dengan gelaran "Cikgu Bashier"

Perkhidmatan Tuisyen
Seperti yang penulis nyatakan di atas,penulis merupakan seorang guru tuisyen sepenuh masa. Jadi, penulis mempunyai pengalaman selama 3 tahun mengajar murid-murid pelbagai peringkat.

Perkhidmatan Cikgu Bashier ini meliputi:

a)Home Tuition
Penulis mempunyai pengalaman melakukan Home Tuition terutamanya di sekitar Kota Damansara, Selangor. Kebiasaannya, penulis akan datang sendiri ke rumah pelajar untuk mengajar pelajar terbabit. Bagi penulis hal ini amat penting kerana keselamatan pelajar sangat penting. Jadi, pelajar tidak perlu bersusah payah untuk menghadirkan diri ke tempat lain kerana penulis sendiri yang akan datang ke tempat tinggal pelajar terbabit.

b)Tuition Centre
Penulis juga mempunyai pengalaman mengajar di Pusat Tuisyen Tunas, Saujana Utama 3, Selangor. Bukan itu sahaja, penulis juga pernah menjadi tenaga pengajar di Pusat Tuisyen Mawar di Seksyen 23 Shah Alam. Untuk pengetahuan anda semua, 2 pusat tuisyen terbabit hanya memilih calon-calon yang berkelayakan sahaja untuk mengisi jawatan sebagai tenaga pengajar di tempat mereka dan penulis merupakan salah seorang guru yang terpilih.

Secara tuntasnya, penulis mempunyai pengalaman dalam mendidik masyarakat Malaysia untuk menjadi seorang manusia yang berguna di Home Tuition dan juga Tuition Centre.

Subjek yang diajar Cikgu Bashier
Baiklah, penulis hanya memfokuskan kepada beberapa subjek sahaja iaitu:

a) Prinsip Perakaunan
Terbuka kepada pelajar tingkatan 4 dan 5 serta pelajar matrikulasi
b) EkonomiAsas
Terbuka kepada pelajar tingkatan 4 dan 5 serta pelajar matrikulasi

c) Perdagangan
Terbuka kepada pelajar tingkatan 4 dan 5 sahaja

d) Sejarah
Terbuka kepada pelajar tingatan 1, 2 dan 3

Namun, jika ada mana-mana pelajar atau individu yang berminat untuk belajar dengan penulis berkaitan dengan subjek di atas, penulis amat mengalu-alukan kehadiran anda. Penulis yakinpelaburan anda terhadap ilmu pastinya berbaloi-baloi:-)


Bayaran Untuk Cikgu Bashier
Jika ada di antara ibu bapa atau pelajar yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan penulis, penulis amat mengalu-alukan perkara tersebut. Baiklah, untuk bayaran penulis meletakkan kadar bayaran yang agak sederhana kepada ibu bapa/pelajar. Berikut merupakan kadar bayaran bagi penulis:

Pelajar Matrikulasi
a) Prinsip Perakaunan = RM60 sejam
b) Ekonomi Asas= RM 55 sejam

Pelajar SPM (Tingkatan 4 dan 5)
a) Prinsip Perakaunan = RM55 sejam
b) Ekonomi Asas = RM50 sejam
c) Perdagangan = RM50 sejam

Pelajar PMR(Tingkatan 1, 2 dan 3)
a) Sejarah = RM40 sejam

Contoh pengiraan :

Contoh 1:
Sekiranya anda atau anak anda merupakan seorang pelajar matrikulasi dan ingin mengambil subjek perakaunan, anda hanya perlu membayar sebanyak RM60 sejam x 3jam seminggu x 4minggu. Maka bayaran bulanan adalah RM720 sebulan sahaja.

Contoh 2:
Sekiranya anda atau anak anda merupakan seorang pelajar SPM dan ingin mengambil subjek ekonomi asas, anda hanya perlu membayar sebanyak RM50 sejam x 3jam seminggu x 4minggu.
Maka bayaran bulanan adalah RM600 sebulan sahaja.

Contoh 3:
Sekiranya anda atau anak anda merupakan seorang pelajar PMR dan ingin mengambil subjek sejarah, anda hanya perlu membayar sebanyak RM40 sejam x 3jam seminggu x 4minggu. Maka bayaran bulanan adalah RM480 sebulan sahaja.

Itu merupakan bayaran untuk satu subjek, sekiranya anak anda ingin mengambil lebih daripada satu subjek makan diskaun RM5 akan diberikan.

Contohnya:
Sekiranya anda atau anak anda merupakan seorang pelajar SPM dan ingin mengambil subjek perakaunan dan ekonomi asas, anda hanya perlu membayar sebanyak RM50 sejam x 3jam seminggu x 4minggu untuk subjek perakaunan dan RM45 sejam x 3 jam seminggu x 4minggu.Maka bayaran bulanan adalah sebanyak RM600 + Rm54O = RM1140 sebulan sahaja. Hal ini disebabkan saya memberi diskaun sebanyakRM5 untuk setiap subjek sekiranya anak anda mengambil lebih daripada satu subjek.

Ini merupakan tawaran yang cukup istimewa daripada saya khusus untuk ada. Walaubagaimanapun, jika anda merasakan harga ini terlalu mahal anda boleh menghubungi saya untuk berunding dengan saya berkaitan dengan harga.


Mengapa Cikgu Bashier Meletakkan Harga Sedemikian?
Penulis mempunyai beberapa sebab mengapa penulis meletakkan harga yang sedemikian iaitu:

a) Pengalaman
Penulis mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam 4 subjek tersebut. Penulis juga mempunyai pengalaman selama 3 tahun mengajar. Jadi, rasanya kadar bayaran tersebut merupakan kadar bayaran yang berpatutan kepada ibubapa/pelajar. Anda akan dapat pulangan dengan apa yang anda bayar. Penulis jamin.

b) Kos-kos yang lain
Bayaran tersebut juga merupakan bayaran untuk kos-kos yang lain seperti kos minyak penulis,kos buku-buku untuk digunakan dalam pembelajaran dan kos-kos mengajar penulis.

Kaedah yang digunakan oleh Cikgu Bashier
Kebiasaannya penulis akan pergi ke rumah pelajar terbabit sekali seminggu. Sekali pergi penulis akan memperuntukkan masa selama 3 jam. Persoalannya, mengapa 3 jam?

Baiklah, penulis menggunakan konsep "Teach and Exercise" iaitu satu konsep di mana penulis mengintegrasikan konsep mengajar dan memberi latihan kepada pelajar terbabit. Kebiasaanya, penulis akan memperuntukkan masa selama sejam 15 minit untuk memberi penerangan kepada pelajar berkaitan dengan subjek yang diajar. Kemudiannya sejam 15 minit lagi penulis akan memberi masa kepada pelajar terbabit untuk membuat latihan dan latih tubi sehingga pelajar terbabit memahami apa yang dipelajarinya. Masa 30 minit terakhir penulis akan memperuntukkan masa untuk berbincangdengan pelajar terbabit mana-mana soalan yang kurang difahami. Kaedah yang didedahkan oleh penulis ini ternyata berkesan kepada bekas-bekas pelajar penulis yang telah berjaya memperoleh A dalam subjek yang diambil. Ini merupakan satu kebanggaan kepada penulis dan juga kepada pelajar terbabit. Diharapkan dengan penerangan ini dapat membuka mata ibubapa berkaitan dengan cara pengajaran penulis kerana penulis mempunyai prinsip pengajaran yang perlu dipatuhi.

Selain itu, penulis akan menyediakan beberapa buku kepada pelajar terbabit untuk tujuan rujukan. Buku-buku ini akan digunakan sepanjang sesi pembelajaran berlangsung. Penulis percaya dan yakin dengan bimbingan penulis, buku tersebut akan dapat membantu pelajar terbabit untuk mendapatkan kefahaman yang maksimum dalam pembelajaran mereka. Buku tersebut dimuatkan dengan nota-nota serta latihan-latihan yang berorientasikan peperiksaan dan diselitkan juga dengan kata-kata motivasi untuk meningkatkan spritual pelajar terbabit.

Disamping itu, satu 'report card' akan penulis sediakan untuk rujukan pelajar, ibubapa dan penulis sendiri. Repord card ini akan memuatkan laporan dan prestasi pelajar terbabit daripada semasa ke semasa. Kaedah yang dipraktikkan penulis ini terbukti berkesan. Hasilnya, pelajar yang penulis mengajar berjaya memperoleh keputusan yang lebih baik daripada sebelumnya.

Penulis juga akan melakukan sesi follow up dengan pelajar terbabit melalui telefon dan email. Sebagai seorang guru tuisyen profesional,adalah menjadi tanggungjawab penulis untuk memastikan bahawa anak-anak murid penulis mendapat bimbingan yang secukupnya daripada penulis. Sekiranya mereka tidak memahami apa yang diajar, mereka boleh bertanya kepada penulis melalui mesej ataupun sms. Penulis akan membalasnya dengan secepat mungkin.

Bukan itu sahaja, malahan penulis akan sentiasa memberikan kata-kata semangat, sokongan, dokongan dan bantuan yang tidak berbelah bahagi kepada pelajar-pelajar penulis dan bakal pelajar penulis. Penulis percaya untuk lebih mudah memahami pelajar tersebut, penulis perlulah mendampingi pelajar dengan kata-kata dan azimat yang utuh agar pelajar tersebut suka cara pengajaran penulis dan suka akan subjek yang diajar. Ini merupakan kepakaran penulis untukmembuatkan pelajar suka akan sesuatu subje tersebut.

Apa Keistimewaan Cikgu Bashier?

a) Teknik yang hebat
Penulis merasakan anda sudah membaca teknik dan kaedah yang penulis akan aplikasikan dalam tuisyen terbabit. Jadi, rasanya itulah sebab utama mengapa anda perlu mendapatkan cikgu Bashier sebagai tutor di rumah anda. Sekali lagi diulangi, teknik ini mampu untuk membuatkan anak anda berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran mereka. Insyaallah...

b) Bayaran yang berpatutan
Ya, bayaran yang penulis kenakan adalah amatlah berpatutan jika hendak dibandingkan dengan guru-guru lain. Hal ini disebabkan penulis mahu memastikan semua orang yang cintakan sesuatu ilmu untuk mempelajarinya dengan kadar bayaran yang mampu dibayar. Penulis tidak akan teragak-agak untuk meletakkan kadar bayaran yang tinggi untuk tempoh akan datang kerana penulis percaya sesuatu ilmu yang berharga perlulah diletakkan setimpal dengan kadar bayarannya.

Jadi, ini adalah peluang anda kerana harga yang penulis letakkan adalah harga promosi. Anda tidak akan dapat harga yang sebegini di tempat-tempat lain.

c) Masa yang fleksibel
Masa umpama emas bagi setiap orang. Begitu juga dengan penulis. Jadi, sekiranya anda bersetuju untuk mendapatkan khidmat saya, kita akan berbincang dari hati ke hati bila masa yang sesuai untuk saya datang mengajar. Masanya adalah hanya 3jam seminggu sekali datang. Jika anda merasakan masa tersebut tidak fleksibel, kita boleh tukar masa tersebut andainya jadual saya masih belum dipenuhi. Jadi, masih belum terlambat untuk anda mendapatkan khidmat saya.

d) Sistem yang sistematik
Seperti yang saya katakan tadi, jika sekiranya anda mendapatkan khidmat saya, anda akan mendapat buku-buku, report card, sesi motivasi serta sesi follow up yang berkesan daripada saya.Sistem ini telah banyak membantu pelajar saya yang lain. Yang penting saya tidak akan membiarkan anak anda terkontang-kanting seorang diri. Saya akan bimbing anak anda sehingga berjaya. Itu misi dan visi saya untuk perkhidmatan saya ini.

e)Personaliti yang menarik
Memandangkan Cikgu Bashier pernah menjadi seorang pelajar pada ketika dahulu, jadi banyaklah pengalaman yanng ingin dikongsi dengan pelajar. Penulis percaya pelajar yang mendapat perkhidmatan tuisyen daripada Cikgu Bashier akan diberikan kebebasan yang seluas-luasnya untuk bertanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan subjek yang tidak difahami,cara belajar serta soalan-soalan lain yang berkaitan dengan kehidupan. Penulis mahu pelajar terebut mendapat sesuatu yang berfaedah daripada penulis.

Cukuplah dengan 5 keistimewaan yang penulis nyatakan berkaitan dengan Cikgu Bashier ini. Terima kasih kepada anda kerana sudi membaca sehingga ke ayat ini. Jadi, apa yang anda perlu lakukan adalah TINDAKAN. Ya, jika anda hanya membaca tanpa melakukan TINDAKAN, anda akan gagal untuk memperoleh peluang seperti ini lagi. Ingatlah wahai saudaraku, setiap muslim itu wajib menuntut ilmu. Begitu juga dengan kita. Tuntutlah ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad. Jadi, sekiranya anda berminat dengan perkhidmatan tuisyen yang Cikgu Bashier tawarkan, jangan berlengah lagi, lakukanlah langkah yang sepatutnya agar kejayaan menjadi milik ANDA dan ANAK ANDA.

Bagaimana Mahu Menghubungi Cikgu Bashier?
Cikgu Bashier boleh dihubungi melalui:

Handphone: 013-5902236
Email: bashier05@gmail.com
Website: cikgutuisyen.blogspot.com


Keilmuan Disanjung, Kecemerlangan Dijunjung!!!
Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi
@ Cikgu Bashier